Saturday, September 15, 2012

Episode 4 - PMI UniMAP

Sudah menjadi kebiasaan menggerakkan organisasi Islam sejak dari zaman sekolah lagi. Terbiasa dengan Gerakan Dakwahnya & biah solehahnya.

'Culture shock' sebentar apabila tiba di UniMAP, sepanjang MSK aku dah interview habis pada abang-abang & kakak-kakak tentang kelab Islamik di UniMAP.

Negatif jawapan yang aku terima, bahawa terdapat satu Pekeliling yang menyatakan tidak dibenarkan pelajar ataupun staff menubuhkan satu pertubuhan yang berunsurkan keagamaan. Hatta kelab agama Islam sekalipun...

[akan diupdate rujukan pekeliling yang berkaitan itu, akan datang]

Bila ditanya kenapa? Jawapannya mudah dan dangkal sekali;

"Jika dibenarkan tubuh Persatuan Islam, sudah pasti agama lain akan turut ingin menubuhkan Persatuan bagi setiap agama mereka.. Hal ini boleh menyebabkan agama mereka lebih pesat.."

Biol aku berterusan lagi... x maw memesatkan agama lain atau hendak menyekat agama Islam dari jadi pesat...?

Diatas sebab pekeliling inilah sehingga hari ini, masih tidak terwujud lagi mana-mana organisasi yang berorientasi pengamalan Islam secara  rasmi di UniMAP walaupun UniMAP masih berada di dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Sedikit kekecewaan diatas perkara ini...

"Tapi xkan hanya kerana ini, tidak ada usaha langsung untuk menubuhkan persatuan yang based Islam ini..?"

"Ada! Sejak dari awal penubuhan KUKUM lagi  macam2 dah usaha dari abang & kakak kita... Tapi  belum berhasil...."

Tahun kedua penubuhan KUKUM
Percubaan abang-abang masa tue, depa cuba tubuhkan AJK Surau. Masa tue bertapak di Kolej Kg Wai, antara kolej yang terawal pada ketika itu.

Tahun ketiga-keempat
AJK Surau telah mencapai klimaks, aktif dan imarah suraunya.. Tetapi dalam tahun ini juga, graf jatuh menjunam apabila AJK Surau mula di haramkan atas tuduhan AJK Surau adalah Cawangan PAS di UniMAP.

Dengan menggunakan bukti penggunaan istilah 'LAJNAH' di dalam organisasi AJK Surau.

"Cuba awak search dalam GOOGLE perkataan LAJNAH, apa yang akan keluar...?" kata seorang pentadbir

"Saya tidak tahu tuan.." Jawab Pengerusi AJK Surau tersebut

"Cuba awak tengok dalam screen saya, dari atas hingga ke bawah. Hanya PAS saja yang menggunakan perkataan Lajnah, jadi ini bermakna organisasi awak ada kaitan dengan PAS. Oleh itu, organisasi awak saya haramkan.."  (aw kama aqal..=)

"@#$?!!#*?..................." Speechless..







# Untuk tahun seterusnya,  InsyaALLAH, dalam episode yang akan datang..... =)

No comments:

Post a Comment