"arghh, pasai apa aku dapat masok university.. Pasai pa lah
universiti hantaq tawaran panggil masok nih..!!! "
Itulah cemuhan dari hati kecil ini, di waktu surat panggilan kemasukan UniMAP
tiba di rumah.
Disaat baru sebulan pemergian abah tercinta, hatiku tidak tenang untuk menyambung
pelajaran berjauhan lagi dengan mak. Mak
yang tidak pernah berpisah dengan abah apatah lagi, dia seorang suri rumah yang
tidak pernah bekerja sendiri..
Hati terasa berat untuk menerima nya..
Aku seorang Abang, anak no dua, terasa menjadi harapan
keluarga untuk meringankan ibu menanggung adik adik.
Motivasi diri semakin meningkat..
Pujuk diri pi lah, gembirakan mak dengan ijazah nanti..
Pujuk diri pi lah, dekat dah tu.. Perlis balik Kedah 2 jam ja.. Dan lagi balik kalau mak panggil..
Keputusan istikharah pun positif..
Akhirnya, 2 Julai 2007 tarikh keramat aku mendaftar masuk unimap.
Alhamdulillah.,
Terima Kasih Mak...
Terima Kasih abah... Angah doa kita dapat jumpa lagi masa
depan syurga nanti.. Angah masih ingat
pesan abah.. Ada yang angah dah
capai.. Insyaallah, akan capai sikit
lagi.. TERIMA KASIH ATAS... RINDU ABAH
SANGAT...
AlFatihah pada abah tercinta... =)
#sepatutnya, Posting ni terlebih dahulu, baru masuk episod Minggu Suai Kenai...=)~
#sepatutnya, Posting ni terlebih dahulu, baru masuk episod Minggu Suai Kenai...=)~
No comments:
Post a Comment