Saturday, September 15, 2012

Episode 3- BTN Gegaran Minda

Belum lagi habis penat MSK, terdengar pengumuman.

"Assalamualaikum wbh, kepada semua pelajar baru tahun 1 anda diwajibkan hadir ke Program Biro Tata Negara, Sila lihat senarai nama dan tempat program BTN anda di Dewan Terbuka Wang Ulu.."

Pulak!! Baru habis MSK hari Khamis, Jumaat dah kena bertolak ke tapak kem BTN dah..

Aku yang x pernah taw apa itu BTN pun pergilah lah dengan selambanya.. memang dah kaki camping dah sebelum tu lagi...so, asal bunyi kem ja aku suka walaupun penat..

Untuk pengetahuan, sepanjang di UniMAP hampir 7 kali juga aku join program BTN nih.. Orang yang selalu tuduh BTN tuk tempat 'doktrinisasi UMNO', mesti akan tuduh aku ni UMNO pure nya... UMNO kaw2 punya.... hahaha... 

kali ni, aku cerita utk BTN siri pertama ni dulu... utk siri seterusnya untuk akan2 datang punya episode... =)~




Sepanjang BTN dia ada beberapa slot antaranya:-

1-Kuliah dasar

  Slot Kuliah ni, kalau dengaq, hati-hati!! bukan sebab pening, tapi berpotensi utk mereng n biol 24jam.. hahaha... Sebab apa dia cerita dalam tue, yang pertama dah la cerita dalam bentuk sejarah yang membosankan (bosan sebab dah belajaq dah masa sekolah dulu, Ulang n ulang lagi), kemudian sejarah tu dicerita dalam keadaan terlampau2 mengagungkan perdana menteri sebelum-sebelum nih... Boleh lah nak puji, tapi kalau terlampau sangat nak termuntah jugak woo...

Aku pun dah x ingat dah apa tajuk-tajuk dia, tapi setahu aku (kalau x silap) setiap kali BTN dia ada 4 jenis Kuliah Dasar 

KD1-Kenegaraan
KD2-Sejarah
KD3-Ekonomi 
KD4-Poliitik


2-Kuliah Magrib dan subuh

  Satu kelas aku akan ingat Ustad nih, sebab dia bagi tazkirah dalam keadaan menari (terlompat sana sini).. hahahaha.. xpernah jumpa lagi ustd bagi tazkirah lagu tuh... satu lagi sebab dia banyak sebut perkataan 'Sufi'... x taw lah apa relate perkataan sufi tu dgn isi tazkirah dia.. 

last2 setiap kali lepas kuliah aku tanya balik, "kawan2 hampa paham pa dgn tazkirah dia tadie...?"

 depa semua jawab... "satu habuk kami x paham, yang kami dapat sedap lena ja,..." 

hahaha...daripada dengaq n xpaham, baik tidoq kan..? hehehe


3-LDK

  Masa LDK ni kadang ada yang best sebab aktiviti x lah mengantuk sangat.. tapi yang x best nya, modul dia tahap sek rendah nya modul.. modul ni aku pun dok buat kat adik2 sek... antaranya.. 

1-Pulau Idaman- diberi sebuah pulau kosong.. maka susun lah planning macam mana nk bangunkan pulau nih... hehe.. macam budak2...
2-Kalau semua 9 ahli ni naik kapal, tapi kapal nak karam, hanya 3 orang perlu tinggal, maka sapa 3 org ni, berhujah lah sama2 kami...
3- dll


4-Riadah/ Kawad/ Aktiviti luar

   Time Kawad memang bohsan, tapi time aktiviti macam flying fork memang terbaekklah!!.. =)
...............................................................................................................................................................

Kata mudah untuk BTN adalah, BTN ni sangat bagus, tapi bubuh racun banyak sangat, satgi lentok budak2.. apa pun x bleh... 


Sekian dulu cerita tentang Episode BTN kat sini... kita sambung akan datang...


1 comment: