Wednesday, September 19, 2012

Episode 7- Eh, PRK dah lepas dah ka..?

Alhamdulillah, sudah menjangkau ke episode ketujuh dah.

Bersempena dengan  Pilihan Raya Kampus (PRK) UniMAP  atau yang dijenamakan sebagai ''Pemilihan Pelajar" pada esok hari (20 September 2012), ingin menukilkan pengalaman saya dalam Politik Kampus UniMAP  sepanjang lima tahun yang lepas.

Pilihanraya Kampus UniMAP 2007

Selang beberapa minggu selepas pulang dari Kem BTN siri 1, banner-banner yang mengambarkan Pilihanraya Kampus akan menjelang tidak lama lagie,...

Hati terasa sangat excited untuk mengundi, hatta tidak mengenali siapa calonnya.. saja seronok ingin tahu dan merasai dan mengetahui apa itu mengundi... begitu juga dengan sahabat-sahabat.

Penantian menjadi hampa apabila melihat pengumuman di dalam akhbar Berita Harian pada masa itu bahawa kesemua calon-calon telah menang tanpa bertanding.

Cis!! Kecewa dalam hati bila kempunan tidak dapat merasai mengundi pada tahun tersebut. Kebanyakan mahasiswa tahun satu masa itu sangat kecewa dan mula memboikot MPP yang menang tanpa bertanding itu. Ada yang memaki-maki, memutuskan hubungan bahkan sudah hilang kepercayaan kepada mereka. Pelbagai labelan yang diberi kepada MPP tahun tersebut..

Seolah-olah tahun musibah MPP pada tahun itu, apabila asal saja program kalau ada keterlibatan/penganjuran bersama MPP pastinya program mereka akan lesu dan tidak akan mendapat sambutan.

Formula- Track menjadi MPP

Dalam hati, mula tercari-cari, apa sebab dan puncanya atas segala kejadian ini...?

Aku berjaya survey dan mendapatkan pandangan dari kebanyakan pelajar UniMAP pada masa itu. Rupanya ini berlaku kerana hasil Protes terhadap PILIHANRAYA KAMPUS YANG TIDAK BERJALAN DI UNIMAP.

Dari situ juga, aku sudah mendapat formula kenapa & bagaimana MPP akan terlantik.

Dari sumber, sejak awal penubuhan KUKUM hingga tahun 2011, UniMAP hanya bertopengkan 'Menang tanpa bertanding dengan alasan calon yang masuk bertanding tidak melebihi quota'.

Orang ramai mampu memahami agenda jahat UniMAP ini, hanya untuk memastikan hanya orang yang mampu mengikuti arahan mereka, dan orang yang kuat mengampu mereka sahaja yang akan boleh menang. Manakala orang yang tidak memiliki ciri ini, bukan kata bertanding, borang pun disusahkan untuk mendapatkannya.

Dari situ, aku meletak azam untuk melalui formula-track untuk ke jawatan MPP, mungkin jika dengan kuasa YDP mampu untuk mengubah hal ini.

Formula mudah adalah--->> 

-Hanya yang pergi kesemua siri-siri kem sahaja yang akan layak menjadi PPMS.
            --> Kem Ibadah (Sebenarnya Kem BTN Siri 1: hanya untuk bangsa Melayu sahaja)
            --> Kursus Soft Skill & Pemudahcara (Juga dihandle oleh BTN)
            --> Kem Teambuilding (sebenar Kem BTN Siri 2)
            --> Kem Pengurusan  Organisasi ( Sebenarnya Kem BTN Siri 3)
 

-Hanya yang menjadi PPMS saja akan terlantik menjadi MPP,
             --> Sehingga majhur ramai akan memahami, ''MT PPMS itulah MT MPP akan datang.."
             --> Disediakan kursus yang mendalam (pendoktrinan menjadi Hard Core Fikrah UMNO)
                                       --> BTN Lanjutan Siswa
                                       --> BTN Lanjutan Siswa II
                                       --> BTN Akhir Siswa

Aku melalui Formula tersebut satu persatu tanpa terlepas. 

Tekad yang tinggi ini, hanya untuk membantu universiti dengan membaik pulihkan kepimpinan MPP & Kelab Persatuan. Aku yakin hanya dengan PRK saja kepercayaan dan caci maki pada MPP itu dapat ditangkis.


Dalam hati perit menanggung dilema 'mampu atau tidak' , 'stadi vs kepimpinan', 'taqarrub vs sibuk berorganisasi"... Namun aku gagahi, berkorban diri untuk menyelesaikan masalah universiti ini.



Bersambung......

Monday, September 17, 2012

Episode 6- Kenapa nak sangatt..?

Assalamualaikum wbh, Sambung kembali posting untuk kali seterusnya..

Terlalu banyak kisah pahit n duka dalam sejarah usaha untuk menubuhkan Persatuan Islam di UniMAP, hingga tidak mampu untuk aku mengarang disini.

Saya pernah berdialog direct terus kepada Penolong Naib Cansellor atau sebelum ni, Dekan HEP yang mana menolak dan mempertahankan pekeliling supaya tidak relevan kelab yang berpaksikan kepada keagamaan, kenegerian, bahasa & perkauman untuk ditubuhkan.

Alasan beliau,

"Kelab yang berpaksikan kepada 4 perkara ini hanya akan menjadikan mahasiswa akan lebih tertutup dan jumud serta taksub kepada kumpulannya semata-mata. Apatah lagi suatu hari nanti akan menjadi agresif..."


Aku hairan di Afrika kah aku?? atau di Amerika kah aku..??

apabila orang Islam sendiri yang mengalami Islamofobia.
apabila orang Islam sendiri yang tidak faham tuntutan Islam.
apabila orang Jumud menuduh orang lain yang jumud...


Soal jawab yang biasa timbul:-

[1] Pasaipa lah yang hang dok kalut-kalut sangat nak tubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam nie... kan Pusat Islam dah ada...?

Satu sebab, bila kita pi jumpa dengan Pusat Islam, Pusat Islam sendiri menyatakan:

          i- peranan Pusat Islam lebih tertumpu kepada Hal Ehwal Kerohanian Staff , sedikit sahaja kepada        mahasiswa/i
 
          (so, Sapa yang akan meNUMPU pada Hal Ehwal kerohanian Mahasiswa/i pulak??)
         
          ii- Tenaga Pusat Islam hanya beberapa kerat saja. Tidak cukup hendak cover semua skali... Tu pun belum kira yang boleh memberi kuliah atau tidak lagi..

          (so, sapa nak COVER kerja amal dakwah Islami ini, kalau tidak dilatih di kalangan anak muda mahasiswa)


[2] Apa keperluan tubuhkan persatuan yang berorientasikan Islam ini?

 Persatuan ini perlu untuk:-

a- Menjadi platform kepada mahasiswa/i di kampus untuk:-
             i) Mengasah bakat kepimpinan & dilatih mengikut corak kepimpinan Islam.
             ii) berkumpul dan kembali menguatkan iman melalui Biah Solehah dan Ukhuwah Islamiyah
             iii) menambah ilmu agama & kefahaman Islam secara lebih meluas (sebagai ganti kepada silibus agama Islam yang sudah tidak ada lagi di UniMAP)

b- Menjalankan peranan didik & dakwah kepada masyarakat kampus yang lain. (pendekatan dakwah yang terbaik adalah pendekatan rakan sebaya, yang mana Pusat Islam atau mana-mana ustaz pun tidak mampu untuk menjalankan peranan ini dengan berkesan, melainkan jika dan hanya jika mahasiswa/i/ rakan rapat yang dapat menegur dan mengubahnya)

c- Agen Pengesan & Penyelesai termudah dan terdekat bagi
            i) Kebejatan akhlak & sosial (zina, couple dan sebagainya) di kalangan warga kampus
            ii)Kerosakan suasana solehah di dalam kampus
            iii)pengesan masalah yang sedang dirundung oleh masyarakat kampus
     
d- Agen yang bertanggungjawab menggerakkan surau di semua kolej kediaman (hasil sekarang, hanya beberapa kolej sahaja surau nya terimarah...)

e- Agen pemudah cara, tenaga tambahan dan pembantu bagi Pusat Islam.

f- Menjadi kumpulan semak imbang bagi kampus supaya memastikan sentiasa berada di atas landasan agama yang betul

g-dan pelbagai lagi....

[3] Kenapa mesti 'PMI'

Jawapannya mudah, TIDAK SEMESTInya atas PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI).. Kita berlapang dada pada hal ehwal kulit, yang penting isinya.. Durian pun kulitnya sakit,.. tapi isinya  sangat melazatkan...


#Cukup disini terlebih dahulu, insyaallah akan disambung sedikit lagi dalam episod akan datang.. Ameeen.. InsyaAllah




         














Saturday, September 15, 2012

Episode 5- PMI terus begitu...

Kita sambung skit lagi, catatan sejarah perkembangan usaha untuk menubuhkan persatuan yang berorientasi Islam,

Tahun demi tahun usaha diteruskan sehingga ke tahun 2007, saya mula menjejaki kaki ke UniMAP. Masa ni, KUKUM baru dijenamakan semula dari 'Kolej Universiti' kepada 'Universiti'.. dengan peralihan nama dari KUKUM kepada UniMAP. Nice..=)

Nah, kini tiba masanya untuk aku menyambung mata rantai perjuangan generasi yang terdahulu!

Kesedaran & keinginan yang tinggi untuk menjadikan UniMAP lebih tersyiar dengan Islam terus membara dengan pelbagai cubaan.

1- Hantar Kertas Kerja Penubuhan

Menyiapkan kertas kerja penubuhan kelab yang berorientasikan Islam & dibawa naik ke JHEPA dengan perbincangan dengan Exco Kelab & Persatuan MPP pada ketika itu.  - [Status : Gagal], setelah Kertas Kerja Penubuhan ditolak mentah-mentah masa hari yang sama juga.

2-AJK Surau  

Melihat kepada menubuhkan persatuan Islam secara rasmi sudah tertutup. Kami mengintai jalan lain. Setelah perbincangan dengan Penolong Pengetua untuk menghidupkan surau kolej. Green Light sekali lagi untuk menggerakkan badan organisasi surau secara tidak rasmi dengan nama AJK Surau pada ketika itu dibawah makluman & pantuan Penolong Pengetua yang support pada ketika itu.

Alhamdulillah, setahun dapat menganjurkan program Islamik secara rasmi menggunakan saluran Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) pada masa itu. 

Alhamdulillah, perubahan demi perubahan kita lakukan sehingga Islam memang benar-benar tersyiar di Kolej Wang Ulu, kolej yang masih baru dibuka suatu masa dulu.

Antara kejayaannya:-

a- Azan & Bacaan Al-Quran berjaya dikumandangkan sehingga tiada bilik yang akan terlepas dari mendengar azan & Alquran ini. (Microphone surau disambung ke speaker yang berada di setiap penjuru kolej)

b- Majlis Kuliah Magrib @ Laman Ilmu berjaya di budayakan di Surau Kolej setiap hari Rabu dengan jemputan Ustaz dari luar. (Ustaz Nazim  masa ketika itu masih belum menjawat jawatan di Pusat Islam UniMAP)

MasyaAllah, Tabarakallah.. surau yang kecil itu melimpah ruah dengan sambutan yang begitu mantoop dari siswa/i yang lain. Alhamdulillah!

c- Berjaya menganjurkan beberapa program sambutan Hari Kebesaran Islam yang tidak pernah pun sebelum itu dianjurkan oleh Siswa/i sebelum inie. 

d- Usaha memohon diperbesarkan surau & disatukan surau Lelaki & wanita di satu tempat terlaksana.

Namun ianya tidak sampai setahun umurnya, genap dua semester arahan untuk mengharamkan AJK Surau sekali lagi. Nah, kali ini juga diharamkan di atas sebab pertubuhan yang tidak berdaftar & dituduh Pro PAS.

Aku makin bingung disini. Dimanakah point yang jelas untuk dituduh AJK Surau ni adalah dari PAS? Dari sumber yang penting, mereka menganggap terlalu aktif memperjuangkan Islam ini adalah sama macam PAS yang juga memperjuangkan ISlam. Makanya, AJK Surau juga adalah PAS!! 

Aduh, waduh2!!

TIdak mahukah mereka Islam tersyiar dan masing-masing Graduan UniMAP adalah dari kalangan yang bertaqwa dan beriman...? Apakah benar,  mahu menyekat PAS dari menular ke dalam kampus dengan menyekat mana-mana organisasi yang beriorientasikan ISLAM..??

Bencikan PAS, ISLAM menjadi mangsa. 
Bencikan Bapak, anak menjadi mangsa. 

Apakah dalam UMNO x dak Unit Kerohanian & Bagaimana pula dengan ILMU dalam UMNO...? 

Mmmm...  

 #Mmmm.. belum habis lagi cerita tentang ini..


Episode 4 - PMI UniMAP

Sudah menjadi kebiasaan menggerakkan organisasi Islam sejak dari zaman sekolah lagi. Terbiasa dengan Gerakan Dakwahnya & biah solehahnya.

'Culture shock' sebentar apabila tiba di UniMAP, sepanjang MSK aku dah interview habis pada abang-abang & kakak-kakak tentang kelab Islamik di UniMAP.

Negatif jawapan yang aku terima, bahawa terdapat satu Pekeliling yang menyatakan tidak dibenarkan pelajar ataupun staff menubuhkan satu pertubuhan yang berunsurkan keagamaan. Hatta kelab agama Islam sekalipun...

[akan diupdate rujukan pekeliling yang berkaitan itu, akan datang]

Bila ditanya kenapa? Jawapannya mudah dan dangkal sekali;

"Jika dibenarkan tubuh Persatuan Islam, sudah pasti agama lain akan turut ingin menubuhkan Persatuan bagi setiap agama mereka.. Hal ini boleh menyebabkan agama mereka lebih pesat.."

Biol aku berterusan lagi... x maw memesatkan agama lain atau hendak menyekat agama Islam dari jadi pesat...?

Diatas sebab pekeliling inilah sehingga hari ini, masih tidak terwujud lagi mana-mana organisasi yang berorientasi pengamalan Islam secara  rasmi di UniMAP walaupun UniMAP masih berada di dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Sedikit kekecewaan diatas perkara ini...

"Tapi xkan hanya kerana ini, tidak ada usaha langsung untuk menubuhkan persatuan yang based Islam ini..?"

"Ada! Sejak dari awal penubuhan KUKUM lagi  macam2 dah usaha dari abang & kakak kita... Tapi  belum berhasil...."

Tahun kedua penubuhan KUKUM
Percubaan abang-abang masa tue, depa cuba tubuhkan AJK Surau. Masa tue bertapak di Kolej Kg Wai, antara kolej yang terawal pada ketika itu.

Tahun ketiga-keempat
AJK Surau telah mencapai klimaks, aktif dan imarah suraunya.. Tetapi dalam tahun ini juga, graf jatuh menjunam apabila AJK Surau mula di haramkan atas tuduhan AJK Surau adalah Cawangan PAS di UniMAP.

Dengan menggunakan bukti penggunaan istilah 'LAJNAH' di dalam organisasi AJK Surau.

"Cuba awak search dalam GOOGLE perkataan LAJNAH, apa yang akan keluar...?" kata seorang pentadbir

"Saya tidak tahu tuan.." Jawab Pengerusi AJK Surau tersebut

"Cuba awak tengok dalam screen saya, dari atas hingga ke bawah. Hanya PAS saja yang menggunakan perkataan Lajnah, jadi ini bermakna organisasi awak ada kaitan dengan PAS. Oleh itu, organisasi awak saya haramkan.."  (aw kama aqal..=)

"@#$?!!#*?..................." Speechless..



Episode 3- BTN Gegaran Minda

Belum lagi habis penat MSK, terdengar pengumuman.

"Assalamualaikum wbh, kepada semua pelajar baru tahun 1 anda diwajibkan hadir ke Program Biro Tata Negara, Sila lihat senarai nama dan tempat program BTN anda di Dewan Terbuka Wang Ulu.."

Pulak!! Baru habis MSK hari Khamis, Jumaat dah kena bertolak ke tapak kem BTN dah..

Aku yang x pernah taw apa itu BTN pun pergilah lah dengan selambanya.. memang dah kaki camping dah sebelum tu lagi...so, asal bunyi kem ja aku suka walaupun penat..

Untuk pengetahuan, sepanjang di UniMAP hampir 7 kali juga aku join program BTN nih.. Orang yang selalu tuduh BTN tuk tempat 'doktrinisasi UMNO', mesti akan tuduh aku ni UMNO pure nya... UMNO kaw2 punya.... hahaha... 

kali ni, aku cerita utk BTN siri pertama ni dulu... utk siri seterusnya untuk akan2 datang punya episode... =)~




Sepanjang BTN dia ada beberapa slot antaranya:-

1-Kuliah dasar

  Slot Kuliah ni, kalau dengaq, hati-hati!! bukan sebab pening, tapi berpotensi utk mereng n biol 24jam.. hahaha... Sebab apa dia cerita dalam tue, yang pertama dah la cerita dalam bentuk sejarah yang membosankan (bosan sebab dah belajaq dah masa sekolah dulu, Ulang n ulang lagi), kemudian sejarah tu dicerita dalam keadaan terlampau2 mengagungkan perdana menteri sebelum-sebelum nih... Boleh lah nak puji, tapi kalau terlampau sangat nak termuntah jugak woo...

Aku pun dah x ingat dah apa tajuk-tajuk dia, tapi setahu aku (kalau x silap) setiap kali BTN dia ada 4 jenis Kuliah Dasar 

KD1-Kenegaraan
KD2-Sejarah
KD3-Ekonomi 
KD4-Poliitik


2-Kuliah Magrib dan subuh

  Satu kelas aku akan ingat Ustad nih, sebab dia bagi tazkirah dalam keadaan menari (terlompat sana sini).. hahahaha.. xpernah jumpa lagi ustd bagi tazkirah lagu tuh... satu lagi sebab dia banyak sebut perkataan 'Sufi'... x taw lah apa relate perkataan sufi tu dgn isi tazkirah dia.. 

last2 setiap kali lepas kuliah aku tanya balik, "kawan2 hampa paham pa dgn tazkirah dia tadie...?"

 depa semua jawab... "satu habuk kami x paham, yang kami dapat sedap lena ja,..." 

hahaha...daripada dengaq n xpaham, baik tidoq kan..? hehehe


3-LDK

  Masa LDK ni kadang ada yang best sebab aktiviti x lah mengantuk sangat.. tapi yang x best nya, modul dia tahap sek rendah nya modul.. modul ni aku pun dok buat kat adik2 sek... antaranya.. 

1-Pulau Idaman- diberi sebuah pulau kosong.. maka susun lah planning macam mana nk bangunkan pulau nih... hehe.. macam budak2...
2-Kalau semua 9 ahli ni naik kapal, tapi kapal nak karam, hanya 3 orang perlu tinggal, maka sapa 3 org ni, berhujah lah sama2 kami...
3- dll


4-Riadah/ Kawad/ Aktiviti luar

   Time Kawad memang bohsan, tapi time aktiviti macam flying fork memang terbaekklah!!.. =)
...............................................................................................................................................................

Kata mudah untuk BTN adalah, BTN ni sangat bagus, tapi bubuh racun banyak sangat, satgi lentok budak2.. apa pun x bleh... 

Friday, September 14, 2012

Episode 1- Abah pergi dulu...


"arghh, pasai apa aku dapat masok university.. Pasai pa lah universiti hantaq tawaran panggil masok nih..!!! "

Itulah cemuhan dari hati kecil ini,  di waktu surat panggilan kemasukan UniMAP tiba di rumah.

Disaat baru sebulan pemergian abah tercinta,  hatiku tidak tenang untuk menyambung pelajaran berjauhan lagi dengan mak.  Mak yang tidak pernah berpisah dengan abah apatah lagi, dia seorang suri rumah yang tidak pernah bekerja sendiri..

Hati terasa berat untuk menerima nya.. 

Aku seorang Abang, anak no dua, terasa menjadi harapan keluarga untuk meringankan ibu menanggung adik adik.

Motivasi diri semakin meningkat.. 

Pujuk diri pi lah, gembirakan mak dengan ijazah nanti.. 
Pujuk diri pi lah, dekat dah tu..  Perlis balik Kedah 2 jam ja.. Dan lagi balik  kalau mak panggil..

Keputusan istikharah pun positif.. 

Akhirnya, 2 Julai 2007 tarikh keramat aku mendaftar masuk unimap.

Alhamdulillah., 

Terima Kasih Mak...
Terima Kasih abah... Angah doa kita dapat jumpa lagi masa depan syurga nanti..  Angah masih ingat pesan abah..  Ada yang angah dah capai..  Insyaallah, akan capai sikit lagi.. TERIMA KASIH ATAS...  RINDU ABAH SANGAT... 

AlFatihah pada abah tercinta...  =)



#sepatutnya, Posting ni terlebih dahulu, baru masuk episod Minggu Suai Kenai...=)~

Episode 2- Minggu Suai Kenal Julai 2007

Blog terbaru kali ini, ingin di mukaddimah dengan catatan kenangan sekitar detik-detik hitam manis sepanjang 5 tahun di UniMAP.

Mula mendaftar pada Julai 2007 dalam bidang RK08-Kejuruteraan Mekanikal di UniMAP setelah tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah. Minggu pertama seperti biasa pelajar baru akan melalui minggu orientasi.

Minggu Suai Kenal Julai 2007
Sepanjang MSK, macam-macam perasaan pun ada.. Otak biol sebentar, bila tengok fasilitinya, jadual waktunya, pergaulannya, biahnya, MPP, dan ke'terabur'an kampus nya.

tapi hati tetap gembira dan bangga dapat bidang ini di UniMAP. (First Choice koot)... =)

Pernah dalam MSK tu ada abang2 PPMS ada buat survey dari sejumlah 2000 org yang mendaftar masuk ritu berapa ramai yang dapat atas pilihan first choice.. yang lawak hanya dalam 50 org camtu ja..

Rupa2nya baru aku taw, tahun kemasukan aku tu rupa2nya masa tu.. UniMAP ni kampus yang orang x maw pilih pun.. masuk pun sebab dapat kos lelong... orang yang pointer x lah power2 sangat... xmacam sekarang lah.. Mmm..

Tapi, xpalah apapun enjoyy... =)

Kredit pada Kak Ann, Kak Marziana & Pubalan, PPMS senior PPK Meka yang banyak membantu masa tue.. Terima Kasih.. =)


Iftitah

Assalamualaikum wbh, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dengan akhlak & jiwa jihad baginda menjadi pembakar semangat buat kita semua.

Sudah lama berhenti ber'blogging' kiranya hampir setahun telah meninggalkan pemudasufi.blogspot.com. Hari ini terasa gatal tangan untuk kembali menulis. Mencoret sekadar catatan kenangan n panduan buat diri saya, diri penulis di masa hadapan.

Apapun, di post yang pertama ini.. jom kita hayati dulu surah Al-Fatihah.









Aameeen...