Monday, September 17, 2012

Episode 6- Kenapa nak sangatt..?

Assalamualaikum wbh, Sambung kembali posting untuk kali seterusnya..

Terlalu banyak kisah pahit n duka dalam sejarah usaha untuk menubuhkan Persatuan Islam di UniMAP, hingga tidak mampu untuk aku mengarang disini.

Saya pernah berdialog direct terus kepada Penolong Naib Cansellor atau sebelum ni, Dekan HEP yang mana menolak dan mempertahankan pekeliling supaya tidak relevan kelab yang berpaksikan kepada keagamaan, kenegerian, bahasa & perkauman untuk ditubuhkan.

Alasan beliau,

"Kelab yang berpaksikan kepada 4 perkara ini hanya akan menjadikan mahasiswa akan lebih tertutup dan jumud serta taksub kepada kumpulannya semata-mata. Apatah lagi suatu hari nanti akan menjadi agresif..."


Aku hairan di Afrika kah aku?? atau di Amerika kah aku..??

apabila orang Islam sendiri yang mengalami Islamofobia.
apabila orang Islam sendiri yang tidak faham tuntutan Islam.
apabila orang Jumud menuduh orang lain yang jumud...


Soal jawab yang biasa timbul:-

[1] Pasaipa lah yang hang dok kalut-kalut sangat nak tubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam nie... kan Pusat Islam dah ada...?

Satu sebab, bila kita pi jumpa dengan Pusat Islam, Pusat Islam sendiri menyatakan:

          i- peranan Pusat Islam lebih tertumpu kepada Hal Ehwal Kerohanian Staff , sedikit sahaja kepada        mahasiswa/i
 
          (so, Sapa yang akan meNUMPU pada Hal Ehwal kerohanian Mahasiswa/i pulak??)
         
          ii- Tenaga Pusat Islam hanya beberapa kerat saja. Tidak cukup hendak cover semua skali... Tu pun belum kira yang boleh memberi kuliah atau tidak lagi..

          (so, sapa nak COVER kerja amal dakwah Islami ini, kalau tidak dilatih di kalangan anak muda mahasiswa)


[2] Apa keperluan tubuhkan persatuan yang berorientasikan Islam ini?

 Persatuan ini perlu untuk:-

a- Menjadi platform kepada mahasiswa/i di kampus untuk:-
             i) Mengasah bakat kepimpinan & dilatih mengikut corak kepimpinan Islam.
             ii) berkumpul dan kembali menguatkan iman melalui Biah Solehah dan Ukhuwah Islamiyah
             iii) menambah ilmu agama & kefahaman Islam secara lebih meluas (sebagai ganti kepada silibus agama Islam yang sudah tidak ada lagi di UniMAP)

b- Menjalankan peranan didik & dakwah kepada masyarakat kampus yang lain. (pendekatan dakwah yang terbaik adalah pendekatan rakan sebaya, yang mana Pusat Islam atau mana-mana ustaz pun tidak mampu untuk menjalankan peranan ini dengan berkesan, melainkan jika dan hanya jika mahasiswa/i/ rakan rapat yang dapat menegur dan mengubahnya)

c- Agen Pengesan & Penyelesai termudah dan terdekat bagi
            i) Kebejatan akhlak & sosial (zina, couple dan sebagainya) di kalangan warga kampus
            ii)Kerosakan suasana solehah di dalam kampus
            iii)pengesan masalah yang sedang dirundung oleh masyarakat kampus
     
d- Agen yang bertanggungjawab menggerakkan surau di semua kolej kediaman (hasil sekarang, hanya beberapa kolej sahaja surau nya terimarah...)

e- Agen pemudah cara, tenaga tambahan dan pembantu bagi Pusat Islam.

f- Menjadi kumpulan semak imbang bagi kampus supaya memastikan sentiasa berada di atas landasan agama yang betul

g-dan pelbagai lagi....

[3] Kenapa mesti 'PMI'

Jawapannya mudah, TIDAK SEMESTInya atas PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI).. Kita berlapang dada pada hal ehwal kulit, yang penting isinya.. Durian pun kulitnya sakit,.. tapi isinya  sangat melazatkan...


#Cukup disini terlebih dahulu, insyaallah akan disambung sedikit lagi dalam episod akan datang.. Ameeen.. InsyaAllah




         














No comments:

Post a Comment