Wednesday, September 19, 2012

Episode 7- Eh, PRK dah lepas dah ka..?

Alhamdulillah, sudah menjangkau ke episode ketujuh dah.

Bersempena dengan  Pilihan Raya Kampus (PRK) UniMAP  atau yang dijenamakan sebagai ''Pemilihan Pelajar" pada esok hari (20 September 2012), ingin menukilkan pengalaman saya dalam Politik Kampus UniMAP  sepanjang lima tahun yang lepas.

Pilihanraya Kampus UniMAP 2007

Selang beberapa minggu selepas pulang dari Kem BTN siri 1, banner-banner yang mengambarkan Pilihanraya Kampus akan menjelang tidak lama lagie,...

Hati terasa sangat excited untuk mengundi, hatta tidak mengenali siapa calonnya.. saja seronok ingin tahu dan merasai dan mengetahui apa itu mengundi... begitu juga dengan sahabat-sahabat.

Penantian menjadi hampa apabila melihat pengumuman di dalam akhbar Berita Harian pada masa itu bahawa kesemua calon-calon telah menang tanpa bertanding.

Cis!! Kecewa dalam hati bila kempunan tidak dapat merasai mengundi pada tahun tersebut. Kebanyakan mahasiswa tahun satu masa itu sangat kecewa dan mula memboikot MPP yang menang tanpa bertanding itu. Ada yang memaki-maki, memutuskan hubungan bahkan sudah hilang kepercayaan kepada mereka. Pelbagai labelan yang diberi kepada MPP tahun tersebut..

Seolah-olah tahun musibah MPP pada tahun itu, apabila asal saja program kalau ada keterlibatan/penganjuran bersama MPP pastinya program mereka akan lesu dan tidak akan mendapat sambutan.

Formula- Track menjadi MPP

Dalam hati, mula tercari-cari, apa sebab dan puncanya atas segala kejadian ini...?

Aku berjaya survey dan mendapatkan pandangan dari kebanyakan pelajar UniMAP pada masa itu. Rupanya ini berlaku kerana hasil Protes terhadap PILIHANRAYA KAMPUS YANG TIDAK BERJALAN DI UNIMAP.

Dari situ juga, aku sudah mendapat formula kenapa & bagaimana MPP akan terlantik.

Dari sumber, sejak awal penubuhan KUKUM hingga tahun 2011, UniMAP hanya bertopengkan 'Menang tanpa bertanding dengan alasan calon yang masuk bertanding tidak melebihi quota'.

Orang ramai mampu memahami agenda jahat UniMAP ini, hanya untuk memastikan hanya orang yang mampu mengikuti arahan mereka, dan orang yang kuat mengampu mereka sahaja yang akan boleh menang. Manakala orang yang tidak memiliki ciri ini, bukan kata bertanding, borang pun disusahkan untuk mendapatkannya.

Dari situ, aku meletak azam untuk melalui formula-track untuk ke jawatan MPP, mungkin jika dengan kuasa YDP mampu untuk mengubah hal ini.

Formula mudah adalah--->> 

-Hanya yang pergi kesemua siri-siri kem sahaja yang akan layak menjadi PPMS.
            --> Kem Ibadah (Sebenarnya Kem BTN Siri 1: hanya untuk bangsa Melayu sahaja)
            --> Kursus Soft Skill & Pemudahcara (Juga dihandle oleh BTN)
            --> Kem Teambuilding (sebenar Kem BTN Siri 2)
            --> Kem Pengurusan  Organisasi ( Sebenarnya Kem BTN Siri 3)
 

-Hanya yang menjadi PPMS saja akan terlantik menjadi MPP,
             --> Sehingga majhur ramai akan memahami, ''MT PPMS itulah MT MPP akan datang.."
             --> Disediakan kursus yang mendalam (pendoktrinan menjadi Hard Core Fikrah UMNO)
                                       --> BTN Lanjutan Siswa
                                       --> BTN Lanjutan Siswa II
                                       --> BTN Akhir Siswa

Aku melalui Formula tersebut satu persatu tanpa terlepas. 

Tekad yang tinggi ini, hanya untuk membantu universiti dengan membaik pulihkan kepimpinan MPP & Kelab Persatuan. Aku yakin hanya dengan PRK saja kepercayaan dan caci maki pada MPP itu dapat ditangkis.


Dalam hati perit menanggung dilema 'mampu atau tidak' , 'stadi vs kepimpinan', 'taqarrub vs sibuk berorganisasi"... Namun aku gagahi, berkorban diri untuk menyelesaikan masalah universiti ini.



Bersambung......

No comments:

Post a Comment