Saturday, September 15, 2012

Episode 5- PMI terus begitu...

Kita sambung skit lagi, catatan sejarah perkembangan usaha untuk menubuhkan persatuan yang berorientasi Islam,

Tahun demi tahun usaha diteruskan sehingga ke tahun 2007, saya mula menjejaki kaki ke UniMAP. Masa ni, KUKUM baru dijenamakan semula dari 'Kolej Universiti' kepada 'Universiti'.. dengan peralihan nama dari KUKUM kepada UniMAP. Nice..=)

Nah, kini tiba masanya untuk aku menyambung mata rantai perjuangan generasi yang terdahulu!

Kesedaran & keinginan yang tinggi untuk menjadikan UniMAP lebih tersyiar dengan Islam terus membara dengan pelbagai cubaan.

1- Hantar Kertas Kerja Penubuhan

Menyiapkan kertas kerja penubuhan kelab yang berorientasikan Islam & dibawa naik ke JHEPA dengan perbincangan dengan Exco Kelab & Persatuan MPP pada ketika itu.  - [Status : Gagal], setelah Kertas Kerja Penubuhan ditolak mentah-mentah masa hari yang sama juga.

2-AJK Surau  

Melihat kepada menubuhkan persatuan Islam secara rasmi sudah tertutup. Kami mengintai jalan lain. Setelah perbincangan dengan Penolong Pengetua untuk menghidupkan surau kolej. Green Light sekali lagi untuk menggerakkan badan organisasi surau secara tidak rasmi dengan nama AJK Surau pada ketika itu dibawah makluman & pantuan Penolong Pengetua yang support pada ketika itu.

Alhamdulillah, setahun dapat menganjurkan program Islamik secara rasmi menggunakan saluran Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) pada masa itu. 

Alhamdulillah, perubahan demi perubahan kita lakukan sehingga Islam memang benar-benar tersyiar di Kolej Wang Ulu, kolej yang masih baru dibuka suatu masa dulu.

Antara kejayaannya:-

a- Azan & Bacaan Al-Quran berjaya dikumandangkan sehingga tiada bilik yang akan terlepas dari mendengar azan & Alquran ini. (Microphone surau disambung ke speaker yang berada di setiap penjuru kolej)

b- Majlis Kuliah Magrib @ Laman Ilmu berjaya di budayakan di Surau Kolej setiap hari Rabu dengan jemputan Ustaz dari luar. (Ustaz Nazim  masa ketika itu masih belum menjawat jawatan di Pusat Islam UniMAP)

MasyaAllah, Tabarakallah.. surau yang kecil itu melimpah ruah dengan sambutan yang begitu mantoop dari siswa/i yang lain. Alhamdulillah!

c- Berjaya menganjurkan beberapa program sambutan Hari Kebesaran Islam yang tidak pernah pun sebelum itu dianjurkan oleh Siswa/i sebelum inie. 

d- Usaha memohon diperbesarkan surau & disatukan surau Lelaki & wanita di satu tempat terlaksana.

Namun ianya tidak sampai setahun umurnya, genap dua semester arahan untuk mengharamkan AJK Surau sekali lagi. Nah, kali ini juga diharamkan di atas sebab pertubuhan yang tidak berdaftar & dituduh Pro PAS.

Aku makin bingung disini. Dimanakah point yang jelas untuk dituduh AJK Surau ni adalah dari PAS? Dari sumber yang penting, mereka menganggap terlalu aktif memperjuangkan Islam ini adalah sama macam PAS yang juga memperjuangkan ISlam. Makanya, AJK Surau juga adalah PAS!! 

Aduh, waduh2!!

TIdak mahukah mereka Islam tersyiar dan masing-masing Graduan UniMAP adalah dari kalangan yang bertaqwa dan beriman...? Apakah benar,  mahu menyekat PAS dari menular ke dalam kampus dengan menyekat mana-mana organisasi yang beriorientasikan ISLAM..??

Bencikan PAS, ISLAM menjadi mangsa. 
Bencikan Bapak, anak menjadi mangsa. 

Apakah dalam UMNO x dak Unit Kerohanian & Bagaimana pula dengan ILMU dalam UMNO...? 

Mmmm...  

 #Mmmm.. belum habis lagi cerita tentang ini..


No comments:

Post a Comment